There was an error in this gadget

Heal Me


Good day everybody! Its been a while since my last post. Hmm.. 

Hari ni kita cakap pasal drama la ye.. Drama korea.. Hahahaha.. Drama apa lagi yang aku selalu tengok kannnn...

KILL ME, HEAL ME
Fuhh, tajuk.. Dengar je tajuk aku dah terbayang cita action. Rupanya bukan. Cerita ni romantic comedy rupanya.. 

Sape hero dengan heroinnye??
Haaa.. ni pelakon2 favourite I ni.. Ji Sung and Hwang Jung-eum.. Sesapa yang tengok drama Secret akan kenal dua2 orang pelakon ni. Kalau Secret kisah dia macam sedih2 gitu, Kill me Heal me pulak happy2 gitu cerita dia. Kiranya aku gelak la setiap episode cerita ni.

Bagi aku drama ni betul2 menunjukkan bakat Ji Sung sebagai pelakon yang berkaliber. Haaaaa... Hahahaha.. Hwang Jung-eum pon xde kurangnya.. Bagi aku dorang memang on-screen couple yang aku paling suka. Connection/chemistry-nya ada disitu. 


Jalan cerita dia lebih kurang macam ni..
Ji Sung ni kira orang kaya la.. Tapi dia ada penyakit.. DID (Dissociative identity disorder). Penyakit apa tu?? DID ni adalah split personality disorder.. Dia ada 7 personality yang berbeza. Nak tau lebih lanjut mengenai penyakit ini?? Sila google sendiri. HAhahahaha...

Setakat episode yang dah ditayang sekarang, baru 6 personality yang muncul; 

Do-hyun - ni kira personality utama dia, diri dia yang sebenar
Se Gi - seorang yang macho dang hebat (igauan para gadis la..) 
Yo Na - gadis yang gila K-pop (macam aku..hahaha) 
Yo Sub - remaja yang suicidal. Dia ni kembar si Yo Na
Perry Park - pak cik yang pandai buat bob (pakar...)
Nana - budak perempuan yang belom diketahui perangainya (hehe)

Pada pendapat aku la, jadi sungguh lakonan Ji Sung. Kejap jadi macho, kejap jadi biasa2, kejap jadi perempuan.. 

Anyway, watak yang aku paling suka.. of course la Se Gi. Hahahaha.. 

Hmm.. cerita ni memang aku recommendkan untuk semua orang tengok.. "Rugi" sesapa yang xtengok.. Memang cerita yang menceriakan "awal2" tahun ni..

Dan lastly, benda yang aku paling suka dalam drama ni.. Dia punya OST da.. Memang best..