There was an error in this gadget

5 sebelum 5

sihat sebelum sakit
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sibuk
muda sebelum tua
hidup sebelum mati

Sihat..

Nikmat yang selalu aku lupakan.. Selalu berhoora-huuray sana sini siang malam sampai lupakan nikmat yang satu ni.. Sekarang bila rasa panas sikit, rasa macam nak demam baru la nak sedar. Sepatutnya waktu sihat la kena bersungguh-sungguh buat ibadah..Ni tak..waktu sakit la baru nak ingat kat Allah..Waktu sakit la nak menyesal...'Kenapa la aku xbuat ni..xbuat tu masa aku sihat hari tu..'

2 3 hari sebelum ni aku ada terpikir..'aku ni, seingat aku, sejak awal sem ni aku sihat je sepanjang masa..'
Tiba-tiba terlintas difikiran aku..Allah dah tak sayangkan aku ke?? Allah dah abaikan aku ke?? Nauzubillah.. Bukan apa..aku cuma takut..takut Allah dah tak nak beri ujian pada aku lagi.. Ujian tu kan dugaan dari Allah pada hamba-hambanya yang beriman..

Malam ni aku tau yang Allah masih sayangkan aku.. Aku terbaca satu post dalam fb.. Maksud dia lebih kurang macam ni..'pernah xkita terpikir kenapa kita masih hidup hari ni..masih boleh bangun pagi.. Sebenarnya Allah masih hidupkan kita sebab Dia tahu kita banyak dosa.. Allah bagi kita peluang untuk kita taubat..' Baru la aku paham..Allah nak tunjukkan kasih sayang tak semestinya dengan dugaan sakit..

Allah sayangkan aku.. Sebab tu aku masih bernyawa saat ini..Ingatla..Pesan aku pada diri aku sendiri..Jangan sampai menyesal dikemudian hari..Pintu taubat sentiasa terbuka..Jangan sampai diri sendiri yang menutup pintu taubat itu..

gunakan kesempatan
yang masih diberi moga kita takkan menyesal..
masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali..
Raihan-Demi Masa..

No comments:

Post a Comment