There was an error in this gadget

Sayang Ayah

Orang kata, kalau kita sayangkan seseorang lebih baik kita luahkan..
Lebih2 lagi kalau ibu bapa kita sendiri..
Cuma.. itulah.. macam mana nak cakap ek??
Xtau la sebab ego atau sebab malu..
Susah sangat nak luahkan perasaan tu..

Tadi sempat usha2 blog seorang kawan ni..
Dia ada entry tentang hari bapa..
Masa tengah baca story dia tu tetiba teringat pasal ayah aku..
Kawan aku cakap macam mana ayah dia seronok nak datang amek dia time dia nak balik rumah..

Teringat macam mana ayah aku selalu datang amek aku masa aku dekat sekolah teknik n matrik dulu..
Selalunya aku x suka kalau ayah aku yang datang ambil..
Sebab dia selalu lewat..

Setiap kali aku keluar dan tak nampak kelibat ayah aku, aku mesti call mak aku..
"Mak, kak dah keluar ni.. Ayah mai x lagi ka??"
Setiap kali aku tanya macam tu mesti mak aku jawab..
"Aih..tadi dia keluar awai..pasai apa tak sampai lagi??"
Bila ayah sampai, aku pun tanya..
"Ayah dari mana??"
Ayah kata..
Dia ada dekat gerai kawan dia..Dia singgah situ dulu..
So, aku pon terpikir..mungkin dia sampai awal tadi..tapi aku yang lewat..
Sebab tu dia tunggu dekat gerai tu..

Tak lama lepas tu aku masuk u..
Universiti aku dekat Pahang..
Sepanjang umur aku, ni la first time aku keluar dari Kedah..
Setiap minggu aku akan call mak aku..
Sembang2..

Aku ingat lagi..
Masa tu cuti sem 1..
Aku balik rumah.. Seperti biasa.. Ayah yang datang ambil dekat stesen bas..
Lepas dah nk habis cuti, dah nak balik Pahang semula..
Mak aku ada cakap..
"Kak try la telefon ayah sekali sekala lepas ni.. Dia selalu suruh mak mesej kak.. Tanya macam mana.. 
Ok ka..Dah makan ka.. Kalau masa kak nak balik pon dia kalut dok tanya, tiket dah beli dah ka.. Dah naik bas ka.."
Sedih aku dengar.. Tahan je air mata ni masa tu..
Buat Ayah..
Ayah.. Kak sayang ayah.. Bukan kak xmau telefon ayah.. Tapi..
kak xtau nak cakap apa.. xtau nak cakap pasal apa..
Kang nanti kak tanya yang pelik2, ayah ingat kak dah nak mati..
hehe..
Kak sayang ayah.. Cuma kak xtau macam mana nak tunjuk dekat ayah.. Ayah..Sarangei..huhu 

1 comment:

  1. Haha, samalah kita. Tak tahu nak luahkan sayang tu macam mana. Tengok dekat tv, senang jer diorang cakap sayang semua. Hakikatnya, mulut ni macam kena gam. Btw, datang sini nak jemput tuan tanah join segmen yang Ezzatie buat.
    http://heartyoumycrush.blogspot.com/2013/06/segmen-simple-topup.html

    ReplyDelete