There was an error in this gadget

Sit and Understand


First entry untuk sem baru ni.. 
Aku nak ceritakan satu cerita yang lecturer aku, Dr W ceritakan masa hari first dia masuk class..
Hari first la katakan.. Nak belajar pon xde mood lagi..
Kira macam penceritaan semula la ni..

Cerita dia tentang macam mana cara hidup dia berubah 
setelah baca satu buku motivasi ni
Satu hari ni Dr W naik LRT
Dalam LRT tu ada la 3 orang budak yang tengah main lari2 dalam tu..
Kira macam mengganggu la kan.. sebab LRT ni kan pengangkutan awam..
Ayah budak2 ni ada dalam LRT tu, tapi dia macam tak ambil kisah pasal anak2 dia ni..
Biasa la kan bila kita nampak situasi macam ni 
kita rasa macam nak marah je bapak budak2 tu
Tak tau jaga anak ke apa dia ni..
Tapi Dr W ni cuba praktikkan apa yang dia baca..
Dia duduk dulu.. Bertenang..
Then dia pergi la dekat bapak budak2 ni..
Sembang punya sembang baru la tau cerita sebenar..
Sebenarnya, si ayah dengan 3 orang budak ni baru balik dari hospital
Mak budak2 ni baru je meninggal..
Si ayah ni pulak tengah bingung/tergamam/terkejut
Isteri dia baru meninggal..
Anak ada 3 orang.. kecik2 lagi..
Dia xtau macam mana nak terangkan pada anak2 dia..
Bayangkanlah kalau lecturer aku tu terus je marah2 dia masa awal2 td..

Hmm.. Itu je la ceritanya..
 wink2..◕‿-

3 comments:

  1. hmm.. cerita yg ringkas tapi membawa pengajaran. kita tak seharusnya marah org melulu tanpa soal selidik. :)

    ReplyDelete
  2. itula..bahaya kalau bertindak melulu..

    ReplyDelete
  3. kesiannya..tu lah pntgnya khusnuzon..hilang terus rasa nak marah..kesian budak2 tu..

    ReplyDelete