There was an error in this gadget

Rapid Scandal


Mesti ramai yang menunggu kehadiran sequel filem korea Speedy Scandal kan
Gabungan hebat Cha Tae Hyun dan Park Boyoung
Tarararatara..
Ni lah sambungan cerita tu..
Rapid scandal..
...
..
.
derr
Xde lah..ni kejadian sebenar yang berlaku pada aku hari ni..

Alkisah bermula setelah 5jam fajar terbit, pabila aku dan seorang kawan menaiki Rapid Kuantan ke bandar Kuantan dengan satu tujuan yang murni.. Untuk membeli tiket cuti mid-term. Setelah tiba dengan selamatnya di hentian rapid, kami dengan sabarnya menunggu kehadiran rapid seterusnya yang akan membawa kami ke terminal a.k.a destinasi impian kami. *untuk pengetahuan; dari tempat aku kena ambil 2 rapid baru sampai dekat terminal..sejak terminal dah ubah tempat baru ni.. Setelah 10 minit kot menunggu, penantian kami berakhir apabila rapid303 sudah datang. Dengan hati yang berbunga girang kami terus melangkah masuk ke dalam perut rapid tersebut. *duhh..ayat SPM 
 Disinilah dimana segalanya bermula..

hahahah..ayat xboleh blah..
Lepas naik, bayar tiket, ambil tempat duduk, rapid pon jalan bergerak dan setelah 10min++ sampai lah dekat terminal..Lepas sudah semua urusan, kena la tunggu rapid untuk balik ke bandar semula.. Nasib baiklah rapid yang kami naik masa datang tadi xjalan lagi.. Dalam hati dah rasa lega sebab xpayah nak tunggu lama2 dekat situ. Time naik rapid tu aku yang bayar sebab masa pergi tadi kawan aku dah bayar. Sekali driver rapid tu tegur, 'eh, awak bukan naik dgn saya ke tadi?' Yelah, masakan dia nak lupa..baru 10 minit lepas aku naik rapid tu..hahaha.. Aku pon cakap la, aku datang sini pon sebab nak beli tiket balik je.. Bukan nak balik lagi.. Sebab tu kejap je..Then rapid pon jalan g bandar semula.. Bila dah sampai bandar, kitorang pon jalan2 la cari barang2 sebelum balik.. Bila dah sudah beli barang, kitorang pon balik le semula ke hentian rapid untuk tunggu rapid balik pulak..*banyak betol adegan menunggu..hoho

Nak dijadikan cerita..
Lepas tunggu punya tunggu punya tunggu.. rapid100 pon dah ready nak gerak.. Sekali sampai je depan rapid tu aku tengok driver yang sama masa aku naik rapid pergi dan balik dari terminal.. Kiranya dah masuk kali ketiga la kitorang naik rapid yang dia bawak drive..  Time nak bayar tu dia pon terperasan.. Dia cakap; 'eh, awak yang tadi kan?? Awak ikut saya ke??' hahhaah.. Xpasal2 dapat gelaran stalker..hoho 
Lepas dapat tiket tu, dah nak g duduk *sebenarnye cari tempat berdiri sebab rapid dah penuh..  Dia cakap lagi.. ' Saya pergi terminal awak ikut, saya nak pergi Gambang awak ikut, besok saya nak pergi TC.. awak nak ikut x??' hahahah..

Tengah2 study ni teringat pasal tu..hoho.. g TC pon best jugak..hilang2kan stress..
Untung2 dapat tiket free naik rapid besok..hahhah



4 comments:

  1. blogwalking and follow #202 . :)
    http://arinalola.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ceh.. mula2 ingatkan betOl2 ad seq speedy scandal tu.. ku tertipu...:p

    ReplyDelete
  3. hahaha, gila kentang skendel dengan abang bas rapid.

    ReplyDelete
  4. Jom join GA ni http://hasyaifaamadariqfi.blogspot.com/2013/11/1k-giveaway-by-cik-arnab.html

    ReplyDelete