There was an error in this gadget

What happen when..


...our heart stops beating??
Apa akan jadi bila jantung kita berhenti berdegup??

Secara umumnya, jantung kita terbahagi kepada 4 bahagian;2 atriums 2 ventricles. Why two?? Sebab satu dikanan dan satu dikiri. Ventricles terletak pada bahagian bawah.
*saiz jatung lebih kurang sebesar genggaman tangan kita

 Tugas ventricles adalah untuk pump darah ke seluruh tubuh badan kita. Selalunya ventricles ni berdegup sangat pantas lebih kurang 400-600 kali seminit. Bila jantung kita berhenti berdegup bermaksud ventricles berhenti mengepam darah ke seluruh tubuh badan kita.

sel darah merah..
banyangkan bulatan*not sure bulatan ke x..
dalam kapilari darah kita yang kecil..
Bila darah tak sampai ke seluruh badan kita termasuk/terutamanya otak, badan dan otak kita akan mula shutdown. Kenapa?? Sebab fungsi darah dalam badan kita adalah untuk menghantar oxygen ke sel-sel dalam badan kita. Semua orang tau yang oksigen tu penting untuk memastikan sel-sel dalam badan kita hidup/berfungsi.

macam mana oksigen dibawa dalam darah

Apa akan jadi bila otak kita tak dapat darah segar yang penuh dengan oksigen?? Otak akan berhenti berfungsi. Dalam tempoh 3-4 minit kalau masih tak ada bekalan darah beroksigen ke otak, otak akan mula rosak dan mati. 
xdapat cari gambar yang sesuai untuk dead brain..

Bila otak kita mati secara automatic badan kita akan berhenti beroperasi dan officially kita akan diisytihar mati.
dalam tempoh 12 jam badan akan kehilangan suhu

Badan akan mula menjadi pucat kerana dah tak ada darah dalam kapilari-kapilari darah. Sel-sel berhenti menjalankan proses 'aerobic respiration', tenaga tak dapat dihasilkan untuk memastikan otot-otot kita aktif. Otot akan menjadi keras dan kaku. Cell pulak akan mula mati satu persatu. Badan akan hilang keupayaan untuk melawan bakteria. Lama kelamaan bakteria dalam badan kita sendiri akan menyebabkan badankita mereput.

Istilah perubatan untuk jantung yang berhenti berdegup secara tiba-tiba adalah cardiac arrest. Selalunya cardiac arrest ni berlaku secara tiba-tiba.. So, get ready! hehe.. 



Sebenarnya entry ni ditulis untuk memperingati diri sendiri dan pembaca yang budiman sekalian yang maut boleh datang secara tiba-tiba. Tak semestinya sakit 2-3 bulan dulu baru akan mati. Jadi bersiap siagalah kita semua.. Sekian untuk kali ni.. 



P.S. Jangan cuba google 'dead brain' kalau anda jenis yang lemah semangat @ ditengah malam dalam keadaan lampu dah tutup dan semua roommate dah tido..hoho

No comments:

Post a Comment