There was an error in this gadget

New Year

  
 
 
Seminggu sudah berada dalam tahun 2014 ni. Dah start laksanakan resolution tahun ke belom?? Aku tak ada resolution pun lagi..cupp..cupp..ada2.. Resolution aku untuk tahun ni adalah untuk turunkan berat badan dan dapatkan flat abs(dan kekalkan). So tak payah la tahan2 nafas dalam lif lagi lepas ni..hahhah.. Lantak la apa orang nak kata.. Asalkan aku puas hati dengan badan aku..hoho..
  
Niat asal bukan nak cakap pasal resolution, tapi nak cakap pasal zaman persekolahan.. Haaa... Ingat tak lagi masa korang mula2 masuk darjat 1?? Bukan apa.. sebab ternampak gambar pasal budak dan kerusi tu..hoho.. Begitulah meriahnya persekolahan kan..

31 december hari tu aku ada la join satu program sukarelawan ni.. Pergi ke satu sekolah ni dan sediakan sedikit sumbangan buat bakal2 pelajar darjat 1 yang akan memulakan persekolahan. Aku personally rasa bagus buat benda2 macam ni sebab dia macam merangsang dan memberi semangat kepada pelajar untuk belajar.. Yelah.. Dapat pencil box baru..beg baru..buku baru.. baru la rasa semangat nak belajar..

Seronok tengok dorang ni.. Kecik je aku tengok..hehe.. Kasut sekolah tu macam kasut barbie dah aku tengok..hahah.. comei2.. Teringat masa dulu.. Liat benor kalau time nak basuh kasut sekolah.. Dah basuh nak kena kapurkan lagi.. Rasa macam nak tukar sekolah yang pakai kasut hitam je.. (tercapai jugak hasrat tu..hehe)

Korang ingat tak lagi masa mula2 masuk sekolah dulu?? Hari pertama darjat 1..Datang berteman mak ayah sampai waktu balik ke xberteman?? Hmm..aku masa tu sorang2 je tau.. mak aku xteman pon.. sebab aku ada adik kecik masa tu.. Nasib banyak jugak kawan2 tadika aku yang 1 kelas..hahha.. (aku agak 2 je la yg mak aku xteman sebab aku pon xingat..hehe).. 

Aku sebenarnya tak ingat sangat pasal zaman masa aku kecik2 dulu.. Aku respect orang yang boleh ingat masa zaman dia kecik2.. Contohnya kawan aku masa kecik ni.. Iwana nama dia..Dia yang selalu cerita dekat aku masa zaman kitorang kecik2 dulu.. Dia cakap dia yang ajar aku naik basikal (dan aku percayakan dia sebab dia kawan aku..hehe). Dia juga adalah orang yang pernah membawa perubahan dalam hidup aku.. Perubahan yang sangat besar.. Thank you Iwana..Aku sayang hang!!!!!!!!!!!!

Tahun bertambah, umur pon makin bertambah.. Makin tua aku.. Makin banyak tangungjawab aku.. Makin berkedut aku..hehe.. Dulu aku selalu cakap.. Lepas SPM aku nak masuk matrik, lepas matrik nak masuk U, lepas dapat ijazah, nak keje.. Umur 25 nak kawen..hahha.. Betapa sucinya fikiran masa tu.. Nak tergelak pon ada bila ingat2 balik.. Korang ada rancang macam ni x?? Hmm..nama pon 'rancangan', mestila ada perubahan kan..

Apa-apa pon target aku adalah untuk live life to the fullest! Orang kata the trick is to enjoy life and sometimes you have to make the most of what you have.. Itu la yang aku akan buat sekarang.. Jom sesama..hehe..

To the moon~~~~
 Kuingin nikmati
Segala jalan yang ada di hadapku
Kan kutanamkan cintaku kasihku
Agar ku bahagia

 P.S. menaip sambil layan HotFM.. RosyamNor~RosyamNor~RosyamNor~ Jom reramai tgk Balistik besok
P.P.S. rasa macam baru je sambut birthday..dah masuk tahun baru..huhu
P.P.P.S. ShiRo~ShiRo~ShiRo~ Happy Belated Birthday Ajak Shiro.....
P.P.P.P.S. 1 marhalah tu jauh x?? wink2..◕‿-

No comments:

Post a Comment