There was an error in this gadget

Menunggu dan menunggu

 
Assalamualaikum wrb..
 
Well, hello everybody! Dah berkurun lamanya aku tak meng'updated' blog ni. Tiba-tiba terdetik hati ni untuk menambah entry dalam blog ni. Kisahnya tentang penungguan.. bukan penunggu ye~ Ni kisah sepatutnya dah basi sebab dah 2 hari berlalu, tapi.. biarlah..nak cita jugak..hahha..Hari Ahad, 30 march yang lepas aku dan roommate aku berserta beberapa orang kawan lagi p ke RTC Pekan untuk satu program kesihatan ni. Sebelum pergi tu la episod menunggu ni terjadi..

Tepat pukul 10 pagi aku n Aini yang dah siap2 lawa2, comei2 dan wangi2 dengan penuh semangatnya turun ke tempat menunggu bas. Dengan harapan bas sudah ber'start' enjinnya dan pok cik bas dengan meriahnya menyambut kedatangan kami di pintu bas.. Alangkah berkecai hati dan berterabur hati aku.. bila, bas xsampai lagi.. hahha.. kak cik guard kata student yang pagi tadi pon ramai yang terlepas bas sebab bila dah lama sangat menuggu dorang fedap dan g tempat lain/makan, then bas sampai dan dorang terlepas..hah! panjang berjurai2 ayat..

Setelah sejam menuggu aku pon buat keputusan.. kalau dalam pukul 12pm bas tak sampai lagi, aku nk blah, cancel, xjadi g RTC tu.. Lepas je aku cakap macam tu bas pon sampai.. Sebijik je.. Kalau didarab bahagi tolak dan tambah, ratio student dan bas lebih kurang 6:1. Alangkah hampanya hati tok ki~  

Tapi aku masih menunggu lagi.. Setiap detik aku menuggu tu rasa macam berada di awang-awangan *abaikan ejaan tu,xtau betul ke salah~ Rasa macam nak senyum dekat semua orang dan benda. Serious punya tahap bosan. Setiap kali rapid lalu mesti tahap harapan tu meninggi.. Sampai la satu tahap tu aku menoleh dan aku nampak ada bas masuk dan dengan happy tahap gabannya aku terjerit 'BAS DAH SAMPAI!'
Dan semua orang menoleh tengok jalan then tengok aku yang tengah tersengih sebab happy

Semua orang macam dah sedia nak bangun dan beratur untuk naik bas, tapi bas xsampai2..hahha.. Aku malus sesangat27.. Kawan Aini cakap aku menunggu sampai berhalusinasi..hahha.. Tapi aku nampak dengan mata kepala aku sendiri yang ada bas.. hhahahh..mungkin bas yang tengah parking dekat situ aku nampak macam bergerak sebab aku berpusing dengan velocity yang sangat tinggi bertambah dengan tahap harapan yang menggunung.. 

Tapi, selepas 15min gitu bas pon sampai.. Kiranya aku macam dapat premonition la tadi..hahah.. Well, aku xmenyesal menuggu selama 2jam++ pagi tu, sebab banyak benda yang aku dapat masa program tu.. Apa yang aku dapat?? Nantilah cita.. Malas sudah..hahha.. Sapa ada ubat untuk penyakit satu ni sila tinggalkan komen dibawah..:P
 
Dan kesimpulannya, menuggu boleh buat orang jadi gila tidak menentu/keruan. Jadi jangan biarkan sesiapa menunggu kalau anda tidak mau menunggu. *Sila angguk tanda paham dan setuju~ Sekian


No comments:

Post a Comment